ISU-ISU SEMASA FIQH TEMPATAN DALAM KEKELUARGAAN

Editor
Mek Wok Mahmud
Raudlotul Firdaus Fatah Yasin
Saidatolakma Mohd Yunus
Miszairi Sitiris

 

Kata Pengantar
Professor Emeritus Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak
Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd Radzi Othman
Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

Dalam meneliti kehidupan harian yang penuh cabaran, manusia tidak dapat lari dari pelbagai bentuk masalah dan ujian. Ianya memerlukan satu solusi yang mampu menyelesaikan segala permasalahan dan cabaran, secara realistik dan praktikal mengikut kaca mata syariat Islam. Idea Fiqh tempatan yang menitikberatkan situasi semasa, adat resam dan budaya masyarakat setempat dalam menyelesaikan segala bentuk persoalan sangat bertepatan dengan konsep Islam itu sendiri sebagai satu agama yang syumul dan universal.
Buku Isu-isu Semasa Fiqh Tempatan dalam Kekeluargaan ini membentangkan kajian fiqh semasa dalam pelbagai aspek kehidupan seperti kehidupan beragama, kewangan, sosial budaya serta pendidikan yang merupakan aspek penting dalam pembangunan keluarga dan insan sejahtera. Oleh itu, buku ini wajar dimiliki oleh setiap individu kerana ianya mampu memberi kefahaman terhadap fiqh semasa serta solusi yang mampu di adaptasi dan di contohi dalam menjalani kehidupan masa kini.
Istimewanya buku ini hadir tepat pada waktunya dimana masyarakat kini menghadapi krisis rumah tangga, adat resam dan budaya yang kritikal. Justeru, diharapkan dengan kehadiran buku ini dapat memberi pencerahan dan penyelesaian ke arah keharmonian dan kesejahteraan keluarga demi melahirkan insan sejahtera sepanjang zaman.

Weight .8 kg
Dimensions 23 × 15 cm
Weight .8 kg
Dimensions 23 × 15 cm
Page Count

317 pages

Publisher

CFRU IIUM,

KUIPs