Kuih Bulan Isinya Iman
Kuih bulan seindah purnama
Ukiran bunga menghiasi muka
Warnanya seri murni dan muda
Indah dilihat manis dirasa
Muslim Tionghoa di Malaysia
Walau kuih bulan tradisi Cina
Dikongsi bersama rakan dan keluarga
Tanpa mengira kaum dan warna
Kuih bulan banyak maknanya
Untuk Muslim Tionghoa Malaysia
Adat dikekal syariat dibela
Budayanya Cina Islam intinya
Kuih bulan kurang serinya
Bila tanglung tidak bersama
Adanya tanglung kuihnya jelita
Bagaikan Adam dan isterinya Hawa
YAMIN CHENG adalah bekas pensyarah di Jabatan Pengajian Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau adalah pemegang ijazah sarjana muda undang-undang dari UIAM, ijazah sarjana (MA) dalam bidang pengajian agama dari Universiti George Washington, Amerika Syarikat dan ijazah doktor falsafah (PhD) juga dalam bidang pengajian agama dari Universiti Temple, Amerika Syarikat