Abū Muhammad Muslih al-Dīn ibn ‘Abd Allāh al-Shīrāzī (lahir 1210M, mangkat 1291/92M) yang terkenal dengan nama Sa‘dī Shīrāzī atau Sa‘dī, dilahirkan di Shiraz sewaktu peperangan dan pena‘ luqan Mongol terhadap kerajaan Islam Parsi. Adapun dia seorang ahil sha‘ir agung Parsi sewaktu zamannya, yang dikenali bukan sahaja di kalangan orang Parsi, bahkan diruju‘ juga di Barat. Karya Sa‘dī sungguh berwibawa dalam membicarakan perihal akhlaq dan pengajaran. Sepanjang hayatnya, beliau mengembara ke seluruh dunia Islam, berda‘wah, belajar dan mengajar, berkhutbah dan berkenalan dengan ramai orang dari pelbagai latar belakang — pengalamannya ini kemudian diabadikan dalam bentuk karangan dan sha‘ir yang indah sewaktu dia pulang ke kampung halamannya.

Karya Sa‘dī yang agung ialah Bustān (bermaqsud Taman) dalam bentuk sha‘ir dan Gulistān (bermaqsud Taman Mawar), dalam bentuk persuratan-wacana yang diselang-seli dengan sha‘ir. Beliau terkenall dengan ungkapan yang berhikmah. Salah satunya ialah bayt Banī Ādām berikut yang menyentuh ihsan dan kemanusian:

Banī Ādām, satu sama lainnya anggota
Dari satu hakikat, ia dicipta.
Tatkala satu musibah menimpa salah satunya
Anggota yang lain tiada menentu jadinya.
Jika kau tiada ihsan akan orang ditimpa bencana
Tiadalah layak engkau digelar manusia.

Weight .7 kg
Dimensions 22.7 x 15.2 cm
Page Count

257 pages

Author

Muslih Al-Dīn Sa‘dī Al-Shīrāzī

Publisher

Cultural Center, Embassy of the Islamic Republic of Iran,

Islamic Book Trust

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Gulistān: Taman Mawar”

Your email address will not be published. Required fields are marked *