Look Inside

Cina Muslim dan Hubungannya dengan Alam Melayu

Buku kulit keras dengan gambar berwarna.

RM150.00

Islam telah diperkenalkan ke China pada awal zaman Dinasti Tang, oleh empat Sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Iaitu Sa’d Ibn Abi Waqqas, Thabit Ibn Qays, Hassan Ibn Thabit dan Uwais al-Qarni. Pada tahun 651M yang juga merupakan tahun kedua zaman pemerintahan Maharaja Dinasti Tang Gao Zong bersamaan zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan. Khalifah Uthman telah mengutus Duta ke Dinasti Tang untuk menghadap Maharaja Gao Zong dan menyerahkan Surat Rasmi kepada Baginda. Ini menunjukkan perhubungan rasmi antara Negara Islam dengan Negara China buat kali pertama yang dicatatkan dalam sejarah. Kini, masyarakat Cina Muslim di seluruh dunia telah bertambah seramai 40 juta orang yang terdiri daripada 10 etnik, 40 ribu masjid dan 400 persatuan agama Islam.

Pada tahun 1974M, sebuah batu nisan telah ditemui oleh Professor Wolfgang Franke di sekitar Bandar Seri Begawan, Brunei yang mana batu nisan itu adalah kepunyaan Pu Kung, seorang Dato Bandar beridentitikan Cina Muslim dari Quanzhou, Fujian, China. Pada era Dinasti Song, tahun 1264M Penemuan ini telah menunjukkan bahawa Cina Muslim telah bertapak di Alam Melayu semenjak 800 tahun yang lalu, 120 tahun lebih awal daripada Laksamana Cheng Ho. Buku ini menerangkan kisah-kisah mengenai Cina Muslim dan hubungannya dengan Alam Melayu, seperti tokoh Cina Muslim Haji Hassan Salleh Ha Su Chiang dan Haji Ibrahim Ma (Ma Tian Ying), dari catatan dan cerita sejarah sehingga era baru pada masa kini.

Weight 1.3 kg
Dimensions 25.5 × 18.5 cm
Weight 1.3 kg
Dimensions 25.5 × 18.5 cm
Page Count

266 pages

Author

Yusuf Liu Baojun