Look Inside

Islam, Sekularisme dan Demokrasi Liberal

Diterjemahkan oleh Mohamad Basil Hazman Baharom. Editor Ahmad Farouk Musa.

RM65.00

Di terjemahkan daripada buku “Islam, Secularism and Liberal Democracy: Toward A Democratic Theory for Muslim Society”
Buku ini menganalisis hubungan antara agama, sekularisme dan demokrasi liberal dari sudut sejarah, teori, dan dalam konteks dunia Muslim kontemporari. Isu utamanya adalah demokrasi liberal memerlukan suatu bentuk dari sekularisme, tetapi serentak dengan itu juga sumber utama budaya dan intelektual yang dapat digunakan oleh Muslim demokrat adalah dari agama. Paradoks ini, makanya, telah menghantui ahli teori demokrasi

Dalam Islam, Sekularisme, dan Demokrasi Liberal, Nader Hashemi mencabar kepercayaan yang telah dipegang secara meluas di kalangan ahli-ahli sains sosial bahawa politik keagamaan dan pembangunan liberal-demokratik adalah secara strukturnya tidak serasi. Tesis kedoktoran yang telah disemak semula ini secara fundamental telah berhujah untuk memikirkan semula teori demokrasi supaya ia menggabungkan pembolehubah-pembolehubah agama dalam pembangunan demokrasi liberal. Dalam proses itu, ia membuktikan bahawa teori asli sekularisme Islam tidak sekadar boleh dilaksanakan, bahkan ia adalah satu keperluan yang perlu untuk kemajuan demokrasi liberal dalam masyarakat Islam. Walaupun buku ini ditulis dalam gaya yang sesuai dengan pelajar, ahli akademik dan intelektual Barat, isu yang dibincangkan dalamnya amat penting bagi masyarakat Muslim dan sangat relevan untuk dibincangkan dalam kalangan komuniti mereka sendiri.

Terdapat tiga hujah utama yang dikemukakan: Pertamanya adalah, dalam masyarakat di mana agama adalah penanda utama identiti mereka, jalan menuju demokrasi liberal mestilah merentasi pintu-pintu dari politik keagamaan. Kedua, sedang demokrasi liberal memerlukan sekularisme, tradisi agama tidak sedia dilahirkan dengan suatu pandangan sekular yang wujud dalam politik. Idea-idea ini perlu dibina secara sosial. Akhir sekali, hubungan yang intim wujud di antara reformasi agama dan pembangunan politik. Walaupun reformasi agama sering mendahului kemajuan politik, proses-proses tersebut adalah saling berkait. Pendemokrasian tidak memerlukan penswastaan agama tetapi ia memerlukan pentafsiran semula idea-idea agama yang kondusif kepada demokrasi liberal. Dengan melibatkan diri dalam pentafsiran semula ini, kumpulan-kumpulan agama boleh memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pengukuhan demokrasi.

Secara keseluruhan, buku ini berhujah untuk memikirkan semula teori demokrasi supaya ia menggabungkan pembolehubah-pembolehubah agama dalam pembangunan dan pembinaan sosial suatu demokrasi liberal.

Weight .95 kg
Dimensions 22.7 × 15.2 cm
Weight .95 kg
Dimensions 22.7 × 15.2 cm
Page Count

434 pages

Author

Nader Hashemi

Publisher

Islamic Renaissance Front

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.